Meh Knl Kwn

please click!!

Monday, May 3, 2010

Pen.Merah.Pen.Biru.




Assalamualaikum..
huh!...memang itu lah keluhan setiap yang bergelar student sekarang..memang perlu tumpukan sepenuhnya pada pelajaran.Walaupun rasa sakit,penat,loya,lapar dan macam nak pengsan. Tapi tetap kene teruskan jugak.Perlu pentingkan paper yang akan diduduki..memang tertekan sangat-sangat...cuma sabar dan berdoa sajalah yang menjadikan motivasi dalam diri...

Bagi aku pulak, kene sentiasa bertenang, walaupun banyak lagi yang tak cover dan paper tu akan menjelma esok, tapi kene gak bersabar dan bertenang dengan nota-nota,highligter,pen biru,pen merah dan segala jenis kelengkapan yang boleh buat aku rasa hepi je nak hafal,faham dan buat past year question..hiihi..kadang-kadang tu rasa macam tetiber je datang mood yang bagus untuk study.

Aku rasa semua tu susah nak dapat selagi kita tak ada kemahuan untuk mempelajari sesuatu. Sebab, selagi kita memang tak ada rasa ingin tahu, ingin mengkaji dan mengcungkil segala ilmu yang ada di atas muka bumi ni, kita tidak akan mudah untuk mendapat rasa yang boleh meng 'engcourage' semangat kita untuk terus belajar dan belajar.

Kepada semua, terutamanya Melayu yang ingin berjaya dan tidak hanya menunding jari pada Takdir, fikirkan lah bahawa kejayaan setiap orang di atas bumi ini tidak pernah datang bergolek melainkan usaha yang gigih dan semangat yang sentiasa tinngi untuk mengejar kejayaan itu...akhirnya Doa dan Tawakkal lah yang menjadi pendinding kebal pada kejayaan itu.

No comments:

Post a Comment