Meh Knl Kwn

please click!!

Friday, November 12, 2010

Ni Nak CeriTa skeT...

Assalamualaikum

hari ni aku menjawab soalan exam dengan begitu yakin

walau soalan nye sgt2 trick..memang kita kene yakin dengan jawapan kita..

eh...hari raya Aidil adha pon dh tak lama lagi

masa raya puasa hari tu, aku xde baju raya pon

sepi sajo..

untuk raya Haji ni tak tau lah ada baju raya atau tak

setakat ni xde lagi yang terbeli

dah bertahun tak pakai baju melayu baru

maybe tahun depan kot baru ada baju raya baru

anyway..bersyukur dengan apa yang ada...

yang penting mak bahagia...YOU HAVE!!

hahahahaha....sekarang ni jarang bebenor menjenguk profile facebook

kalau update pon melalui Celcom SMS jep...

bukan Via Facebook for Balackberry yea....hukhukhuk

sekarang mata sudah mengantuk

tak ada ape nak citer pon sebenarnye...

owph..lupe plak...

kepada yang tinggal di kawasan banjir tu...semoga berwaspada lah yea

jangan asyik je duk main air banjir, kang ada yang tercicir...

semoga semuanye kembali pulih dan tiada apa-apa yang terkorban

jangan plak ada yg hilang bini lah, hilang laki lah, hilang anak lah..

tak pon ada yang hilang anak ikan...howppssss!!...terlebey sudah!

sowi mak mak hayam yang tersentap tuh..

bawak bersabar dan banyakkan beribadat...

semoga mendapat hidayah hendakNya...amiNNN

sekian..wassalam...selamat malam..

Monday, November 8, 2010

Cuba Jadi Yang Terbaik

Assalamualaikum w.b.t

Adakah aku ini yang terbaik untuk memberi kebahagian?

Untuk membahagiakan?

Sukar Menjadi yang terbaik walau sudah menjadi milik seseorang

Jika sudah namanya kekurangan, memang sukar untuk dijadikan kesempurnaan

Menjadi seseorang yang bagus dan ‘perfect’!

Aku seharusnya bersyukur bila sudah ada seseorang yang menyayangi

Disini, hanya kemaafan yang mampu aku ucapkan..

Dia menjaga dan bersabar dalam menempuhi cintanya bersama aku

Mungkin hari demi hari pasti akan dapat aku menjadi bukan yang terbaik

Tapi…

Menjadi sesempurna mungkin dimata dia

Ya Allah…hanya padamu aku bermohon

Jadikan lah aku seorang yang sempurna dalam kekurangan

Kini, walau orang kata

Tida haluan jika begini,namun dengan hati yang Tuhan berikan ini

Yang sebenarnya cukup murni dan sempurna yang Tuhan kurniakan

Semoga Tuhan mendengar segala apa yang aku rasakan

Menjadikan aku lebih dewasa satu hari nanti..

Aku perlu sedar, anugerah dan rezeki yang diberikan ini perlu disyukuri

Aku perlu bersyukur dengan apa yang ada

Cukuplah, hanya ini saja yan perlu aku tempuhi sehingga entah bila akhirnya.

Hanya Allah swt sahaja yang tahu…

Mungkin bila sampainya waktu,pasti aku relai juga Takdir itu..

Yang pasti kini, aku harus juga lalui segala dugaan dan ujian dariNya

Yang pasti kini

Aku akan tetap menyintai dan menyayangi dia.

Friday, November 5, 2010

KISAH DEMI KISAH....BERlalu...


Assalamualaikum w.b.t...ke hadapan blog aku yang sudah lama tidak dijenguk...sudah lama tidak mengarang cerita dah kisah-kisah disini...dan tidak ramai juga yang ingin membacanye...btol kan kawan-kawan ku?...
Setelah setahun berlalu pergi,kini aku tetap disini, ditempat yang sama...menjalani kisah-kisah sedih juga gembira...SeDIH dan juga GEMBIRA...kerana banyak kesedihan yang kita mesti lalui sebelum kita mendapat kebahagiaan dalam hidup ini...namun baik kesedihan mahupun kebahagiaan..ia tetap akan berlalu juga..berlalu dihadapan mata kita....Jika kebahagiaan,sangat mudah berlalu dan kita sedih membiarkan ianya berlalu...tapi kekusutan pula, betapa lambat ia berlalu, dan kita gembira melihat kepergiannye dari hidup kita....

Namun tahukah kita, bahawa kita bukan lagi manusia yang bodoh...tapi kita perlu lebih bijak mengenal diri sendiri..siapa kita,dari mana asal kita dan dimana kita berpijak....hanya kita yang tahu...maka, sedarlah, kita dari mana asalnya..jangan samakan kita dengan manusia-manusia lain yang lebih beruntung dari kita...sebaiknya..bersyukurlah dengan keadaan sempurna kita sekarang.....

Dalam pada kita mengenangkan nasib yang malang yang menimpa diri kita, adalah lebih baik kita mengenangkan kisah-kisah bahagia kita bersama mereka yang kita sayangi...buktikanlah bahawa mereka sangat bermakna dalam hidup kita....ya, sangat bermakna kerana begitulah lumrah hidup manusia..saling memerlukan antara satu sama lain.....Percayalah, hidup ini tetap akan lebih bermakna dengan kisah-kisah duka berbanding bahagia...kerana adanya kisah-kisah duka ini, maka Saya bahagia...

The only one
-Jue Faridzul-