Meh Knl Kwn

please click!!

Monday, September 28, 2009

Mengapa ada Yang tidak memahami?

Macam yang aku dah cerita sket-sket kat korang pasal problem aku yang pasal konvo aku tu kan...dah macam-macam aku kene fikir sekarang. esok nak kene g bayar yuran konvo kat bank islam...then aku dah suruh kawan kau carikan guest house untuk tempat menginap family aku nanti...then aku nak kene fikir pasal duit tambang untuk pegi ambik jubah dan untuk konvo sekali dan banyak lagi benda penting yang aku kene buat...

nak dijadikan cerita, petang tadi pukul 6.30ptg lebih kurang, ada kawan aku yang aku kenal dah 6 bulan kot (aku pun tak pasti)..dia call aku sebab nak mintak tolong something, dan pertolongan yang dia mintak tu memerlukan aku pegang tanggungjawab dan amanah sekali, then aku tak boleh nak janji apa-apa dengan dia, bila dia mintak tolong dalam keadaan urgent tu aku rasa macam memberatkan kepala kau untuk fikir sume tu, tapi aku takde la bagitau dia yang aku malas nak fikir masalah dia, then aku pun cerita la kat dia yang aku pon ada masalah sekarang ni...

Then, nak dijadikan cerita lagi, tiba-tiba dia ceramah aku, dia cakap 'awak tak perlu nak fikir masalah awak tu, semuanya dah diuruskan oleh pihak uitm'...masalahnya sekarang ni aku bukan nak pikir pasl kesusahan prosedur uitm tu, tapi masalah yang aku citer tadi tu tak ada kaitan pon dengan apa yang pihak uitm perlu uruskan...betol tak?
huh!...pastu kan...boleh pulak dia cakap kat aku...dia suruh aku bagitau kat mak aku yang aku tak boleh nak pergi konvo tu sebab konvo tu dibuat sebelum final exam...ada ke patot?
aku dah cakap yang aku tak sampai hati nak cancelkan konvo tu..then dia cakap lagi yang konvo tu tak penting pon dan tak de makne pon...

memang la, aku setuju kalo dia cakap konvo tu tak penting kepada orang yang ada ramai siblings dan parent dorg pernah pergi konvo anak-anak dorg.masalah aku sekarang ni, dalam family besar aku, aku je yang dapat masuk U, bukan nak bangga,tapi cuba korg fikir perasaan dan keadaan mak serta family aku...mak aku dan makcik aku dah siap plan pasal nak pegi konvo tu..

aku masih ada akal yang waras untuk fikirkan apa yang aku patut buat, dia sangat pentingkan diri dia, asalkan masalah dia tu selesai kire ok la, tapi dia tak fikirkan masalah orang lain, masalah kawan dia yang sangat tertekan dengan keadaan ni...

Lepas je dia ceramah aku tu, dia terus letak telefon, masa tu jugak la air mata aku mengalir mengenangkan mak aku dan family aku, nak buat macam mana kan, orang dah tak faham keadaan kita, aku bukan tak nak tolong dia, tapi amanah untuk jaga harta orang ni sangat berat, aku kene tanggung ape-ape yang mungkin terjadi, dengan masalah aku yang dah sedia ada ni, tak kan mungkin dapat aku tanggung lagi beban yang dijemput sendiri....

nasib baik Allah swt bagi aku semangat yang kuat dan kawan-kawan yang lain masih menyayangi aku, aku masih lagi bersyukur dengan adanya mereka....juga dengan ada nya mak aku..semangat aku....

Saya Sayang Apa Yang Saya Ada...

keluarga aku selamanya

Ini adalah satu-satunya gambar yang sempat aku ambil masa hari raya hari tu...
gambar mak aku, abag aku, makcik aku dan dua orang anaknya...
aku tak ada dalam gambar ni..sebab aku yang capturee picture ni..
walaupun famly aku ni tak besar macam family orang lain...
tapi aku bersyukur sangat-sangat..
sebab walau mak aku sorang je yang membantu aku sejak aku kecil...
tapi dia mampu untuk buat aku sentiasa gembira dan rasa tenang...
walaupun aku tak pernah dapat apa yang aku inginkan..
namun segala apa yang aku ada sekarang sangat-sangat aku hargai..
sebab tu aku tak sanggup nak batalkan vacation konvo aku...
aku nak jugak bawa mak aku terutamanya ke konvo aku nanti...
aku nak dia rasa bangga macam mak orang lain...
macam family orang lain...aku nak dia rasa bahawa dia juga mampu untuk ada seorang anak yang dia asuh dari kecil ini berjaya juga akhirnya...
aku sayang dia sangat-sangat...walaupun aku tak diajar untuk menjadi yang terbaik...
namun aku tahu dia percaya dengan ketentuan Allah swt...
mak aku tidak kisah dengan apa yang aku nak buat, asalkan aku tidak memalukan keluarga aku...
SAYA SAYANG MAK SAYA....

Sdey tol penceritaan..

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Sunday, September 27, 2009

Dah Dapat 70% keputusan for my konvo..

Hihihii...
akhirnya setelah di soal selidik...ramai gak kengkawan yang nak pegi konvo nanti..walaupun istiadat tu dibuat time sebelum Finbal Exam dan bukan semasa cuti, tapi ada gak budak kelas aku yang nak pegi...hiiiihii...sonoknye..ada teman jugak untuk ponteng kelas nanti..
tapi bukan ponteng tanpa kebenaran tau...esok nak discus dengan Ketua Program...
harap-harap Tuan Rosli akan pertimbangkan agar memberikan surat rasmi pengecualian kelas kat kitaorang nanti...hihi

ermmm...rasa tak sabar lak nak pegi konvo tu...memang nak pegi sangat2...aku sebenarnye kalo fikir pasal tarikh konvo tu nak je cancel untuk pegi, tapi bila balik umah time raya aitu parent aku terutamanya mak aku beriya-iya citer kat makcik aku...siap dah nak plan pakai baju kaler ape lagi tuh...hahaaha...tak sampai ati doe...maklum la kan..dalam famly besar aku...antara sepupu-sepupu aku mana ada penah yang dapat masuk universiti dan aku la satu-satu cucu nenek aku yang dapat masuk U...tak kan nak hampakan dorg kot kan...

ape2 pon aku harap tak ada masalah la masa konvo nanti...cuma masalah yang terpampang kat depan minor mind aku sekarang ialah aku tak booking mana-mana hotel ataupun guest house lagi untuk aku dan parent aku stay masa kat shah alam nanti...ada gak sorg ni yang aku harapkan untuk book bilik...tapi tak tahu lah...harap2 ada la nanti...InsyaAllah dipermudahkan...

1st Day Cluz after Raya Break!!



Selamat Pagi...im just finish my cluz for today..hehehhe..ada satu kelas saja hari ni, Third Language cluz for Mandarain I..
erm..sume dah tak ingat lepas cuti ni...tapi nasib baik aku study semalam, lepas abis cluz tadi sempat gak la aku pose sikit dengan baju baru yang makcik aku belikan masa keluar dengan dia hari tu.hahahaha..erm...tiba-tiba pulak teringat pasal konvo, macam mana erk...konvo aku tu 19 oktober 2009, ambik jubah 11 oktober 2009...tapi kedua-dua masa tu aku ada cluz, harap2 KP aku dapat la bagi pengecualian kelas untuk aku dan budak2 lain yang nak pergi konvo tu...



Saat malam mula gelita..kembalikan dia

Dalam sepi malam dingin
Cuba aku ingin menyatakan
Betapa aku ingin
menjadikan kau milikku
Kasih jangan pergi
Jangan biar aku sendiri lagi
Bukan cuba merayu kasih
tapi cinta yang aku pasti ini
Betapa aku ingin
menjadikan kau sentiasa disini
sentiasa menyeru nama mu
agar kau kembali lagi

Saat cinta yang tak kan rapuh
Cukup aku pasti dengan mu
walaupun tidak ku pasti
Mampukah aku jadikan kau milikku

Jangan mula berlalu
Mula aku terus merayu
Cinta aku tidak sempurna
Kerana aku hanya sebiasa
Janji bukan lagi ku pertahankan
Walaupun malam semakin kelam
kasih ku buktikan tetap disini
menanti hingga ke akhir nanti
Setia aku tetap berdiri
harapkan dirimu, Kasih

Selamat Pagi....huh(betul tak nih?)




Sedikit tension la wat keje Mandarin nih...
macam budak darjah satu belajar english..
tapi kalo dari dulu aku belajar English macamni...
mesti dah berjuta-juta vocabulary aku...
tiap-tiap satu perkataan aku cari dari perkataan pendek macam 'di'
sampai la perkataan 'perpustakaan'
hihii...

Ni baru Third Language I
belum lagi tahap III
nanti tahap III kene siap tulis dalam tulisan Cina lagi tu...
huh...penin2!...
tapi aku suka...sebab blaja menda ni..macam belajar benda baru...
hihii....

anyway..ada lagi yang tak siap ni...
sesape yang dh nk tido tu (macam la ada yang baca post aku ni)
GUD NYTE SUME....
SALAM...

Saturday, September 26, 2009

Coretan di Raya ke 7...






Assalamualaikum...
Salam Aidil Fitri (belom terlewat lagi kot)
lagi pon kita masih di bulan Syawal kn...
erm.
so...
Di Bualan syawal ni aku bersyukur jugak la..
sebab puasa penoh tahun ni..
yeah!!!!
berjaya juga akhirnya....
lebih baik dari tahun lepas...
kat cini aku ada letak pic masa sebelum raya and selepas raya...
tengok2 r yea...

p/s: xde baju raya pon tahun ni....sdey!!



Shopping time...me,asz n hana



2nd pose...



fitting again...huh!


after the Eid...

at home...


di malam raya...fitting bju raya thun lepas

raya ke dua