Meh Knl Kwn

please click!!

Thursday, February 17, 2011

5 Pulau Tercantik di Malaysia


Assalamualaikum

minggu lepas, haousemate AHM pegi holiday kat pulau

dorg pegi ber-empat, AHM xpegi pon, sbb xde bajet..huhu

teringin gak nak bercuti di pulau dengan kekasih hati..insyaAllah ada rezeki nnt x kemana...x gitu?

AHM bukan nak citer pasal percutian housemate AHM tu, tapi nak bagi info pasal

ANTARA 5 PULAU TERCANTIK DI MALAYSIA..

PERTAMA::PULAU SIPADAN

pulau ini terletak berhampiran Bandar sampoerna, Sabah. Di pulau ini tiada sebuah chalet atau hotel pun, kerana ia adalah Pulau yang dilindungi.

dari laman sesawang Tourism Malaysia mengatakan

"Mendiang Jacques Cousteau seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia menggambarkan Pulau Sipadan sebagai 'hasil seni agung yang tidak diusik manusia', sementara para penyelam skuba di merata dunia memilih pulau ini sebagai salah satu dari lima destinasi menyelam yang terunggul di dunia."



KEDUA::PULAU TIOMAN

Pulau ini terletak di negeri Pahang, berhampiran sempadan Johor. Fakta menarik ialah:

"Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959."



KETIGA::PULAU LANGKAWI

Terletak di Negeri Kedah, dikenali juga sebagai Pulau Lagenda kerana banyak kisah-kisah dongeng pernah diceritakan berdasarkan Pulau ini spt kisah Mahsuri. fakta menarik:

"Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia."


KEEMPAT::PULAU REDANG

Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan.
Fakta Menarik:

"Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse yang karam di sini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya"



KELIMA::PULAU PERHENTIAN

Pulau ini terletak 21km dari pinggir pantai Terengganu dan terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil
Fakta Manarik:

" tersenarai di tangga kelima untuk Best Beach to Swing a Hammock dalam 1,000 Ultimate Experiences 2010."


Haaaaaaa....so macam mana..dah decide nak pegi pulau mana?

hihihi...kalo ada bajet yang mencukupi, insyaAllah dapat la kite pegi bercuti di pulau yea..

AHM teringin nak pegi Pulau Perhentian tu..huhu..ok lah..semoga info ni dpt bagi maklumat serba sedikit..tidak secara khusus pun..secara am nya AHM boleh berkongsi sedikit info k..

Selamat Malam..Salam.

3 comments:

  1. p/s baru balik dari koh samui. ehe

    ReplyDelete
  2. walaupun duk kat trg..
    xpenah pun pergi pulau2 kat trg....
    teringin nak pergi...

    ReplyDelete
  3. Syukcurz: Koh Samui tu kat phuket kan?...best nye dapt g sane...

    BBL: yeke?..langsung xpenah pegi erk?..pegi la skali...tenang2 jiwa kat sana..

    ReplyDelete