Meh Knl Kwn

please click!!

Tuesday, March 29, 2011

RM52billion dari RM54billion Saham..lesap..


Assalamualaikum...

Februari lalu,kita dikejutkan dengan jumlah ekuiti yang dimiliki Bumiputera telah turun mendadak..

dimana saham sebanyak RM54billion yang diperuntukan untuk Bumiputera di Malaysia kini cuma tinggal Rm2billion...

satu peluang pihak pembangkang untuk menunding jari kepada Perdana Menteri diatas apa yang berlaku.

namun, tanpa memahami apa yang berlaku, pelbagai tohmahan telah diajukan kepada Kerajaan.
semuanya berunsurkan politik, sepatutnya kritikan perlu lebih kepada unsur-unsur moral pemilik saham terbabit...dimana, pemilik saham2 itu yang juga terdiri bukan sahaja dari Parti Kerajaan, tapi juga dari pemangkah2 setia Pakatan Rakyat...adilkah sekiranya kita menunding jari kepada kerajaan sekiranya mentaliti Bumiputera itu sendiri yg bersikap remeh terhadap usaha kerajaan memberikan peluang utk mereka memiliki saham?

satu lagi, sejak bila pula PAS menitik beratkan hak-hak Bumiputera Melayu?..bukak kah nik aziz tidak suka kepada nasionalisme?...mengapa pula sekarang mereka sibuk mengatakan Perdana Menteri telah menjatuhkan Melayu?...sekiranya Perdana Menteri sedang menjatuhkan Melayu, sepatutnya pihak pembangkang perlu buat kenduri kerana mereka tidak menyokong unsur-unsur kemelayuan....

disini, ingin ditekankan bahawa bukan senang untuk menjadi seorang Perdana Menteri, dan menjaga kebajikan semua rakyat Malaysia..sebagai rakyat yang tinggal di Malaysia yang aman sentosa ini, kita perlulah memberikan sokongan padu dengan apa yang kerajaan usahakan..mungkin kita tidak dapat apa yang kta inginkan sekarang..tapi kita akan dapat melihat hasilnya dikemudian hari...segalanya memerlukan masa...sekiranya sekali gus ingin mendapatkan kejayaan sebagai sebuah negara Maju adalah mustahil...lebih mustahil lagi sekiranya kita asyik menunding jari kepada orang lain..

Sekian......

"Tanyalah.."apa jasa kita kepada negara"..jangan tanya, "apa jasa negara kepada kita"

No comments:

Post a Comment