Meh Knl Kwn

please click!!

Sunday, August 9, 2015

Menjelajah Di Segenap Kehidupan

Assalamualaikum...

Bila diingat balik apa yang berlaku tahun ni, terlalu cepat masa berlalu.

Mengenali mereka yang tak pernah aku jumpa sebelum ni.

Senang diawalnya....susah dikemudian harinya.

Sakit ni, Tuhan saja yang Maha Mengetahui...

ditinggalkan dengan segala kesusahan yang perlu ditanggung sendirian..

Memang betul, sudah ada pengganti yang cuba untuk memahami...

Tapi, hati ni dah tak sanggup nak jatuhkan hukuman pada orang lain denga beban-beban yang tersisa ni...

Apa pun, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk aku habiskan..

Mungkin tidak lama peluang ini Tuhan bagi pada aku...

Tapi yang pasti aku akan cuba untuk hadapi pahit manis yang seterusnya..

Moga ada sinar yang menanti dikemudian hari...

Banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku penuhi...

In Shaa Allah...

Amin..

Saturday, April 25, 2015

Bila Hati Disakiti Buat Ke Sekian Kali

Bila hati disakiti...
Sekarang hati dah jadi keras, aku pon tak pernah mengerti..
Mengapa hati aku ni,susah sangat untuk difahami..
Sekali ia disakiti..akan ku ingat sampai ke mati..
Tapi sekiranya sekali ia dibelai dan disayangi..
Pasti akan aku hargai, sampai aku meninggalkan dunia ni..

Aku tahu, aku dah tidak akan lama lagi kat dunia ni..
Jadi, masa yang masih berbaki lagi ni..
Akan cuba aku elakkan dari perkara-perkara yang menyedihkan
Akan cuba aku elak dari terjadi lagi kesakitan dan kedukaan..

Walau apa pon...
Aku pasrah dan redha apa jua ujian yang mendatang...
Hidup tak selalunya Indah...
Matahari tak selalunya Cerah..
Apa yang penting aku akan cuba selalu senyum lepas ni..
Walau jauh disudut hati...ada sekelumit perasaan duka...





Tuesday, November 27, 2012

SeteLah Sekian Lama...

Salammmmm...

Sudah berabad rasenye aku x ngepose kt belog nih...

Yela, dh memang sibuk katernye...kejerrr...keje kewrr?...

Ermmm..btw, just nk gtau kat korunk2 yg aku skrg dh 4bln kje..

kje biasa2 jew...xmcm kengkawan aku yg lain...yg sumenye kje hebat2..gituww...

Alhamdulillah dengan segala rezeki yg Allah berikan selama ni...

Alhamdulillah dengan kesihatan aku yg semakin baik...dh jarang2 dh sakit...semangat pon makin kuat...hahahaha..

Erm...banyak yg berlaku sejak stahu yang lepas...terlalu banyak untuk aku cerita dalam satu post ni...

Cume yg paling penting aku maintain single owkey!!...catat sejarah tuh..sbb mampoo single selama setahun lebih...berbanding sblm2 ni....

Aceli I miss all the moment happens before, I really miss it, tak kire lah kenangan manis ke, kenangan pahit ke...sumenye bagaikan masih segar sepertikan baru semalam ia berakhir...chewwwwaaaahh!!

Perkara yang paling bermakna skrg ni yg berlaku dalam hidup aku dlm masa setahun ni, aku dh contact balik ngn abang angkat aku yg aku penah kenal masa blaja diploma dulu...kikikikiki...

Yang penting status abang je owkey....dh serik mau lebih2...insaf katenyer....ahaks!!!
Skrg ni lebih memberi focus utk dapat keje yg lebih bangus disamping terus bagi komotment pada kerja skrg...

AKhir sekali...thanks for reading...(ada ke yg baca post ni erk?)...hahaah..ape2 je lah...thanks for everything...luv u olll....bye..Salam...

Wednesday, October 26, 2011


Rindu

Tak terkata..

Jiwa

Semakin Lara…

Hati ni rindu yang teramat…gelisah tak menentu..

Sedangkan keje banyak nak buat…proposal tak hantar lagi…

Tasking dari advisor langsung aku tak sentuh

Rasa ni semua buat aku jadi malas yang teramat

Semangat aku seolah-olah hilang entah kemana

Kadang-kadang aku tercari-cari….ape yang aku cari pon aku tak pasti..

Mungkin ini satu kesilapan, atau pun satu kisah yang tiba-tiba menjadi kebetulan

Dicengkam gelisah…rindu yang sukar digambarkan…

Yea…aku masih lagi sanggup menunggu dia…aku masih terus disini..

Menantikan sebuah harapan…sebelum aku pergi meninggalkan segalanya..

Sunday, October 23, 2011

Menanti.Berjiwa.Merindui


ada lagi 3 minggu je aku nak abis praktikal

dalam masa 3 minggu ni jugak lah

aku akan terus tabah hadapi segalanya

lepas ni memang aku akan ada banayk masa

masa untuk kembalikan segala

ketenangan dalam jiwa aku....

Dari dulu, harapan aku memang tak pernah berubah

tak pernah lawan ckp mak

mak ckp xbleh, xbleh la..maka aku senyap

nangis sorg2...

belajar gigih...untuk masa depan

bila sambung belajar buat Diploma

baru aku berjauhan dari famly..

sekarang dh nk abis wat degree

pasni tak tahu lah kemana arah tuju

cuma yang pasti, aku tak nak ada kat sini lagi

aku tak nak mengingati segala kenangan disini

aku tahu, mesti ada yg ckp

tak mungkin aku dapat lupakan

setiap kenangan tu. tapi, aku cuma berharap

tiada lagi kenangan pahit yang pernah menyulami hari2 aku

harap, semuanya akan bersemadi dengan sendiri

aku dah tak peduli tentang itu

pernah terfikir untuk kembali menyintai dia

tapi aku takut, aku takut dengan kenyataan

aku tak nak rasa macam dulu lagi

walaupun kiranya dia berjanji untuk berubah

tapi aku tetap takut, sebab aku tahu

bukan mudah menjadi seorang yang perlu memegang janji

selama dia hidup...

tak perlulah aku cerita

segala apa yg dia pernah buat

sebab yang pastinya

ia sangat menyakitkan...

kekasihku...kau tetap dihati

nama mu tak pernah padam

kiranya kau ingin berubah demi aku

aku berjanji akan cuba menjaga kisah hidup kita yang seterusnya

dan aku berharap, tiada lagi apa yg sakit akan berlaku..

cuma kini,....aku Pasrah...


JueBungaParker

Saturday, July 2, 2011

Mari Berjumpa, Mari Berhubung di KELANTAN

Assalamualaikum....

lama sudah tidak update blog ni..
tak nak cakap banyak..kat sini ada beberapa gambar perjumpaan petang tadi...

Program Mari Berjumpa Mari Berhubung, bersama Perdana Menteri Malaysia

di Dynasty Restaurant, Renaissance Hotel...layan k..







Friday, April 1, 2011

Konflik Mahasiswa dan Masyarakat




MENGIKUT Kamus Dewan, mahasiswa ditakrifkan sebagai penuntut di universiti yang terpilih daripada ribuan calon untuk menjejakkan kaki di menara gading.

Mereka juga dianggap golongan bijak yang mendapat pengiktirafan dan sentiasa dipuji masyarakat kerana membuktikan kecemerlangan akademik.

Bagaimanapun, adakah kecemerlangan akademik memberi kredit kepada golongan itu untuk melakukan apa sahaja termasuk perbuatan maksiat dan pelbagai isu sosial?
Walaupun bukan semua, keberanian golongan itu semakin menjadi-jadi dan dibimbangi jika tidak dibendung lebih awal, ia boleh menjadi parasit kepada pelajar lain.

Justeru, apakah pandangan masyarakat mengenai senario ini? Masih perlukah warga menara gading ini menerima pujian melangit atau harus ‘ditempelak’ supaya sedar daripada mimpi?

Adakah mereka menjadi mangsa keadaan rentetan sikap masyarakat yang suka mendesak, cerewet dan sentiasa mahu menang?

Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof Abd Rahim Bakar berkata, dalam konteks membuat penilaian atau penarafan terhadap mahasiswa atau masyarakat, kedua-dua pihak perlu meletakkan asas kepercayaan dan bukan mempertikaikan kelemahan atau kelebihan masing-masing.

Menurutnya, sikap suka menunjukkan ‘kebenaran’ dan tidak mahu beralah antara punca konflik masyarakat-mahasiswa sedangkan isunya mungkin kecil dan remeh.
“Apabila dua pihak bertembung dan mahu menegakkan hujah masing-masing, wujudlah masalah yang akhirnya membawa pertelingkahan.

“Hanya kerana tidak mahu beralah, dua pihak yang memerlukan sokongan akan berseteru, akhirnya isu kecil menjadi besar. Alangkah rugi�nya sedangkan masing-masing boleh bersatu meningkatkan kejayaan bersama,” katanya.

Isu masyarakat mempersalahkan mahasiswa dan mahasiswa ‘menolak’ pandangan masyarakat bukanlah baru, namun menjadi ketara akhir-akhir ini kerana pembabitan salah laku golongan di menara gading itu kerap terpampang dalam media massa.

Masyarakat beranggapan mahasiswa hari ini semakin runtuh akhlak manakala mahasiswa pula menjawab, bukan semua terbabit dalam permasalahan itu hingga masyarakat boleh menghukum sewenang-wenangnya. Alasannya, masyarakat turut terbabit dalam gejala serupa tapi lebih suka menyalahkan orang lain.

Mengulas senario saling menuding jari ini, beliau berkata, kedua-dua pihak perlu memahami apakah makna sebenar masyarakat dan mahasiswa sebelum meletakkan sesuatu kesalahan di bahu pihak tertentu.

“Masyarakat kelompok terbesar dan mahasiswa juga sebahagian daripada masyarakat yang berhak untuk bersuara.

“Jika mahasiswa menyalahkan masyarakat, ia umpama menyalahkan diri sendiri. Bagaimanapun, ini bukan lesen masyarakat yang terdiri daripada kelompok bukan mahasiswa menghentam golongan itu sesuka hati.

“Dan, bukan bermakna mahasiswa tidak boleh mengeluarkan pendapat untuk memperbetulkan masyarakat. Masing-masing mempunyai hak asalkan perkara disentuh itu ada asasnya dan bukan sekadar ingin menghangatkan lagi suasana,” katanya.

Mengakui masyarakat hari ini ada bersikap terlebih ‘kepoh’, itu bukan ukuran untuk menghukum keseluruhan institusi, begitu juga tidak adil melabelkan mahasiswa rosak sepenuhnya sedangkan hanya kelompok tertentu saja terbabit dengan salah laku.

Pandangan orang, katanya, selalu merujuk kepada jumlah besar dan tambah memburukkan keadaan apabila ada pihak memperbesarkan semua kejadian bagi menarik perhatian.

“Penafsiran yang salah selalunya mengundang padah dan boleh disalah tafsir. Memang melakukan kesalahan itu individu tapi masyarakat atau mahasiswa tidak melihatnya begitu. Dengan kata lain, yang tidak bersalah juga akan terbabit.

“Sedangkan hanya segelintir perlu menerima hukuman, namun habis semua terpalit lumpur. Sebarang tindakan perlu berlandaskan rasional dan jangan menggunakan alasan logik akal untuk melepaskan diri.

“Konflik perlu dijauhi demi membina keharmonian perhubungan serta kekuatan kerohanian,” katanya.

Pendirian masyarakat juga masih mampu bertahan biarpun sentiasa dikritik, berbanding mahasiswa yang rapuh kerana mereka hanya kelompok kecil.

“Jika masyarakat dihentam, mereka mampu bertahan berbanding mahasiswa. Bagaimanapun, ditegaskan, bukan mahu membela atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya cuba memberi gambaran pihak mana lebih ketara menanggung risiko dan pandangan skeptikal.

“Dalam apa juga kejadian, jika pembabitan dimulakan satu pihak, ia tetap salah dan perlu bertanggungjawab atas kesalahan itu. Malangnya, sikap individu suka menyalahkan orang lain tanpa mahu memuhasabah diri menjadikan konflik terus berpanjangan.

“Sentiasa bertoleransi, mendengar pandangan serta teguran dan mahu berubah. Saya percaya jika kedua-duanya boleh berkompromi, hubungan masyarakat-mahasiswa akan harmoni, sekali gus memberi kekuatan kepada negara,” katanya.

Mengikut kajian yang dijalankan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, antara faktor terbabit dalam gejala sosial termasuk:

  • Keluarga
  • Kejutan budaya
  • Pengaruh rakan dan persekitaran
  • Kurangnya pendidikan agama
  • Peranan media massa dan teknologi maklumat tanpa sempadan
  • Perasaan ingin tahu dan mencuba

    Antara gejala sosial ‘popular’ termasuk:

  • Seks bebas
  • Pelacuran
  • Jenayah
  • Merempit
  • Pembuangan bayi
  • Dadah
  • Tuesday, March 29, 2011

    RM52billion dari RM54billion Saham..lesap..


    Assalamualaikum...

    Februari lalu,kita dikejutkan dengan jumlah ekuiti yang dimiliki Bumiputera telah turun mendadak..

    dimana saham sebanyak RM54billion yang diperuntukan untuk Bumiputera di Malaysia kini cuma tinggal Rm2billion...

    satu peluang pihak pembangkang untuk menunding jari kepada Perdana Menteri diatas apa yang berlaku.

    namun, tanpa memahami apa yang berlaku, pelbagai tohmahan telah diajukan kepada Kerajaan.
    semuanya berunsurkan politik, sepatutnya kritikan perlu lebih kepada unsur-unsur moral pemilik saham terbabit...dimana, pemilik saham2 itu yang juga terdiri bukan sahaja dari Parti Kerajaan, tapi juga dari pemangkah2 setia Pakatan Rakyat...adilkah sekiranya kita menunding jari kepada kerajaan sekiranya mentaliti Bumiputera itu sendiri yg bersikap remeh terhadap usaha kerajaan memberikan peluang utk mereka memiliki saham?

    satu lagi, sejak bila pula PAS menitik beratkan hak-hak Bumiputera Melayu?..bukak kah nik aziz tidak suka kepada nasionalisme?...mengapa pula sekarang mereka sibuk mengatakan Perdana Menteri telah menjatuhkan Melayu?...sekiranya Perdana Menteri sedang menjatuhkan Melayu, sepatutnya pihak pembangkang perlu buat kenduri kerana mereka tidak menyokong unsur-unsur kemelayuan....

    disini, ingin ditekankan bahawa bukan senang untuk menjadi seorang Perdana Menteri, dan menjaga kebajikan semua rakyat Malaysia..sebagai rakyat yang tinggal di Malaysia yang aman sentosa ini, kita perlulah memberikan sokongan padu dengan apa yang kerajaan usahakan..mungkin kita tidak dapat apa yang kta inginkan sekarang..tapi kita akan dapat melihat hasilnya dikemudian hari...segalanya memerlukan masa...sekiranya sekali gus ingin mendapatkan kejayaan sebagai sebuah negara Maju adalah mustahil...lebih mustahil lagi sekiranya kita asyik menunding jari kepada orang lain..

    Sekian......

    "Tanyalah.."apa jasa kita kepada negara"..jangan tanya, "apa jasa negara kepada kita"

    Thursday, March 24, 2011

    Bunuh Diri Di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan ::24/3/2011::


    Assalamualaikum....

    gempar!!...cubaan bunuh diri oleh seorang remaja perempuan Melayu (spt dikatakan: belum disahkan,tgk berita rtm mlm ni)

    dah la sekarang ni sume org bertafakur dengan keadaan bumi yang tak sabil

    budak ni sempat lagi nak bunuh diri yea...

    berdoa

    Allah swt menjauhi perbuatan ini dari keluargaku, kawan2 ku dan orang yang aku sayangi..

    NAUZUBILLAH...

    Tuesday, March 22, 2011

    Maaf, Counter Service anda macam Hanjing!!




    Salam...

    ni aku nak share something sikit dengan korang. Sekarang ni aku sibuk dengan urusan untuk mintak tempat praktikal, banyak surat yang aku kene hantar kat organisasi yang aku nak mintak tu. Then, after fulfill sume dalam sampul, aku pon pegi la ke kaunter A di:

    PEJABAT POS BESAR, KOTA BHARU (bunyi macam gah je..tp,hampeh).....

    bermula lah diaog aku ngn makcik separuh abad yg jaga kaunter tu...nmpk mcm dia tgh cop surat...


    aku: puan, nak sampul pos ekspress saiz A4 2keping.
    makcik: ...diam seribu bahasa....

    aku tggu 5 saat..lepas 5 saat dia pandang aku...

    makcik: nok gapo?
    aku: sampul saiz A4 2 keping....
    ..dia berkerut dahi tanpa berbuat apa2...
    aku ulang: sampul pos ekspress saiz A4 2 keping...
    makcik:nok gapo sebenarnye ni?
    aku dh sentap....
    aku:ermmm...sampul pos ekspress saiz A4 2 keping...
    makcik: nok sampul ekspress ko nok sampul biasa?
    bertambah panas telinga aku...aku penat nih sbb cluz dr kul 8 td..
    aku:td sy ulang 2 kali, bukan mintak 2 benda (dgn nada slow)(sampul biasa & sampul ekspress)
    makcik: oyak la nok sampul pos ekspress...acu oyak molek teh...

    dia pon bg la sampul tu kat aku....pastu

    aku: pastu sayo nok stem RM1 2keping..
    makcik tu pandang aku seribu bahasa lagi...3 saat lepas tu dia pon amik stem lalu bg kat aku...

    ape cer....
    adakah makcik tu berangan kerana buat byk keje dalam satu masa...?

    cadangan aku utk pihak pengurusan Pejabat Pos ni ialah:
    untuk perkhidmatan kaunter ni, xyah la letak makcik2 yang dh separuh abad ni, sekarang dunia dah maju,dunia lagi pantas dari manusia,sebenarnye aku dah lama dah perhatikan makcik ni keje macam tu, ni adalah kali sedua aku dilayan sebegitu....dulu makcik tu cakap aku ni lambat mintak sampul dgn dia, siap cakap depan org ramai depan kaunter tu lagi...macam bagus je keje jaga kaunter ni kan, nasib baik aku ni student, dibuatnye pelanggan tu CEO, x ke nanye makcik tu kene hambur....fikir-fikir kan lah...pihak pengurusan perlu fikirkan cara terbaik untukbagi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka, dan mereka perlu ingat syarikat seperti FedEx, DHL, ABX dll adalah antara syarikat terbaik dalam memberi perkhidmatan mereka..jangan sampai berjangkit penyakit seperti ini dan jangan biarkan perkhidmatan yang sebegini memberi impak negatif kepada Pos Malaysia pada masa akan datang....

    "Top 5 company yang hebat pon boleh bankrupt" teringat company US yg lingkup dulu "LEHMAN BROTHERS"...

    fikir-fikir kan lah...

    Saturday, March 19, 2011

    My Favorite Dishes




    Kali ni nak share dengan korang pasal makanan fevret aku yang jarang aku makan..

    tiba-tiba rasa lapar kan..

    tengok2 pic kat fb membe aku..terpampang gambar spagetti..kecur lidah dibuatnye..

    jom kite tgk ape yang ada...jom jom jom...


    Spagetti Bolognaise


    Chicken chop


    Mushroom soup


    Beefsteak

    Sedap kan?..good!

    Tuesday, March 15, 2011

    Majlis Ramah Mesra Mahasiswa/i UiTM Kota Bharu Bersama Rektor UiTM Kelantan




    Salam....

    Majlis Ramah Mesra Bersama Rektor UiTM ini diadakan di Renaisance Hotel, Kota Bharu

    dihadiri semua pelajar UiTM Kampus Kota Bharu

    majlis ini adalah bagi menjana cadangan, pendapat dan ketidakpuasan hati pelajar terhadap isu2 yang membabitkan kampus Kota Bharu..

    Rushing Promotion Today!!!

    Tadi my best fwen yg keje di Maxis Center KB datang ke kampus tempat aku blaja

    dia buat road show pasal new package dari Maxis Broadband

    Sesuatu yang menarik tentang penjelasan dari beliau tentang pakej ni ialah:

    utk kelajuan 512Mb
    monthly commitment is RM38 utk 1st 6month
    the RM 48 for the next after the 6th month
    maksudnye utk 6 bulan pertama kene commit RM38 sahaja
    kalo terminate within 1st 6 moth kene bayar penalty 100
    but: if pulangkan modem skali ngn BOx, xyah bayar pon 100 tu
    kalo terminate after 6th month xde charge ape2 pon...

    kalau nk info lagi sila ke Maxis Center Kota Bharu k...tq





    Sunday, March 13, 2011

    Dean List Trip to Affin Tower and Berjaya Hills by Unit Kerjaya dan Kaunseling uitm KB

    3 days trip to Affin Tower and Berjaya Hills

    Organize by Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Kota Bharu

    Stay in UiTM Kampus Selayang


















    Issue & Ethics: Academic Trip to BNM and Tresury Department of Terengganu

    2 Days trip to Kuala Terengganu for our courses of Issues and Ehics

    the trip is the visit to Bank Negara Malaysia, Terengganu Branch

    and, Terengganu's State of Treasury Department

    several picture is here..

















    hope for the trip to another place again..
    huhuhu...